20111213

MERAH & HIJAU TIGA

Assalamualaikum
&
Greetings..

Segenap dunia ini akan berubah apabila cinta yang dicari telah ditemui. Yang sakit menjadi pengajaran, yang sedih menjadi pengalaman, yang rindu menjadi kenangan.. Cinta yang dikejar dikata orang sukar didapati. Tapi percayalah..cinta yang dikejar pasti memberi apa yang diingini. Sekian penglihatan akan kabur kerana cinta, yang bercinta harus terus mengelakkan kelembah neraka. Apabila maksiat berlaku musnahlah cinta. Percaya? Tidak? Teruskanlah.. Sebaliknya membimbing orang yang dicintai ke arah kebaikan ke arah jalan yang lurus itu lebih nikmat, kerana nikmat yang sebenar sepatutnya terasa selepas perikatan yang sah. Zaman berubah, orang juga..mereka akan berubah sikap,  cinta juga mungkin berubah..tapi agama tidak. Cinta pada dia kerana MAHA PENCIPTA akan membuatkan cinta itu lah cinta yang dirahmati dan boleh dinikmati hingga mati.

MERAH DAN HIJAU

Cinta aku padanya sangat kuat, walaupun aku masih tidak mampu mengatakan dan meluahkan. Tapi cinta aku ini tidak pasti akan diberi balasan yang aku harap atau hanya akan berlaku perkara yang tidak aku harapkan.

Hijau: Merah, kita nak beli baju pengantin awak kat mana?
Merah: Erm, kat boutique andaman hari tu lah..
Hijau: Oh..ok

Diam.. masih tidak mampu berkata-kata. Merah sangat gembira dengan hari-harinya kini. Sebaliknya pula dengan aku. Aku hanya seperti penonton yang kaku tak tahu nak buat apa disitu. Sendiri. Merah dah jauh ke rak kasut yang berikutnya. Merah tak suka kasut tumit tinggi. Seksa katanya, bukan seksi. Ahh..banyak lagi benda yang aku tahu pasal dia. Tapi lagi banyak aku tak tahu tentang isi hatinya..

Merah: Ash..

Tiada jawapan dari aku, kerana aku kaku.

Merah: Ashraf Hijau Bin Zainuddin..

Diam.

Merah: Hijau!
Hijau: Ha? Ye?! Eh, sorry.. apa dia?
Merah: Lawa tak kasut ni?
Hijau: Aaa...lawa, sesuai dengan kau.
Merah: Ye ke? Tapi aku rasa yang merah ni lagi lawa.
Hijau: Yelah..betul jugak.

Dua jam berlegar diruang yang sesak dengan orang ramai membuatkan aku lapar. Tapi aku rasa lain, sangat lapar hingga kepala aku berpinar. Jatuh. Aku jatuh..

***

To be continued

2 comments: