Assalamualaikum
&
Greetings..
Sebelum apa-apa saya nak cakap sikit
"Kesakitan memberi pengajaran" tapi jangan sesekali kita sakiti sesiapa sebab itu kurang ajar or meminta kaki masuk mulut. Semua orang tahu, kita belajar dari kesilapan dan kadang kala kesilapan itu menyakitkan macam sakit hati, sakit kaki, sakit jantung, sakit paru-paru..oh ya, saya nak cakap yang sakit ini datang dari kesilapan macam sakit hati sebab putus cinta dimana kita tersilap dalam menyelesaikan konflik dalam percintaan itu [soal memang bukan jodoh itu lain hari kita bincang ea], sakit kaki sebab merempit dimana tersilap lalu dan bertembung dengan kereta or something like that, sakit jantung dan paru-paru sebab hisap rokok dimana kita tersilap sebab terjebakkan diri pada rokok serta banyak lagi.
"Tapi kita manusia, manusia tak lari dari melakukan kesilapan"
Thats why kita kena ambil iktibar dari setiap kesilapan yang terjadi, supaya kita tak ulang lagi dan cuba elak dari melakukan kesilapan tersebut. Korang tahu? Nak jadi sempurna itu memang mustahil, sebab kita tak sesempurna yang mencipta kita. Kan? So, janganlah ada yang bongkak, sombong dan lupa diri..Ingat!
So, tentang title post kali ni "Make Me Happy" ia adalah tajuk cerpen saya yang ke...yang keberapa pun saya tak pasti. But, kalau korang nak tengok or baca antara cerpen yang dah ada, boleh add saya di Facebook dan pergi ke ruangan notes dan try cari..
MAKE ME HAPPY
. . .
"Seronoklah cerita The Smurfs 3D tadi."
"Yeke? Next time kita tengok wayang sama sama lagi ye"
"Ok, saya sayang awak!"
"Hmm.." senyum*
Baru beberapa minggu lepas aku dan dia bersama bermesra, tapi hari ini tidak lagi. Semua kerana silap aku. Argh! Apa boleh buat, orang tua kata nasi sudah jadi mee. Kini aku sendiri dan cuba untuk kembali pada dia, tapi dia...sudah berpunya. Alangkah cepatnya budak tu rampas dia dari aku.
. . .
"Morning dude!" sapa kawan aku seorang mat salih bernama Evroce Leagael atau lebih dikenali sebagai EL.
"Morning, kau masak apa pagi ni?"
"Aku rasa nak masak nasi goreng lah, hari tu mak kau ajar aku masak nasi goreng" jawab EL dengan sleng mat salihnya.
"Ouh, ok. Aku nak keluar kejap ni. Kau ada nak pesan apa-apa tak?"
"Nothing. Take care yourself out there" dapur terus berasap..dan senyap
tangan kosong aku mencapai kunci sebiji motor ber model KTM 1190 RC8R dengan kuasa Enjin V twin dan sebiji helmet Arai RX7 RR5. Pantas aku beredar meninggalkan laman rumah dua tingkat menuju ke pekan. Bangga*
. . .
Dalam perjalanan, aku ternampak dia..dengan kekasih barunya. Cemburu* Tapi aku tersenyum..kini dia bahagia. Tidak seperti dulunya ketika bersama aku. Urat-urat kepala mula menyebabkan aku terasa sakit. Sakit yang amat..
SKREEEETT!!! DEBUKK!! Gelap*
Barang-barang aku bersepah di atas jalan raya yang semakin dipenuhi orang ramai. Aku pengsan.
. . .
"Dude, what happen?" El bersuara dengan nada ingin tahu sebaik melihat aku membuka mata.
"Arghh!! El, aku kat mana ni?"
"Relax dude, lay back. Kau di hospital sekarang ni" El menahan dada sasa aku dan menolak aku kembali ke perbaringan.
"Aku nampak dia dah bahagia sekarang El" tiba-tiba aku teringat peristiwa semalam.
"Sudah lah tu dude, dia dah tinggalkan kau. Motor kau aku dah hantar repair, nasib baik masih ada warranty"
"Thanks El" Pejam mata*
"Rehatlah kawan"
. . .
Siap berkemas aku terus beredar dari kawasan berbaur ubat itu.
Laju*
Semenjak dia tinggalkan aku, aku selalu menunggang dengan laju..kerana aku mengharap suara yang selalu mengingatkan aku kembali.. "Perlahan sikit boleh tak?!" aku rindu nak dengar suara itu. Aku rindu nak dengar ilai tawa dia. Aku rindu saat aku bersama dia. Tapi..
Aku kembali senyum. Air mata yang tadi mengalir perlahan aku lapkan dari muka bersih ini.
. . .
Hari esoknya aku sudah bersedia untuk kembali ke tempat kerja. Cuma yang pasti, aku masih belum bersedia untuk menghadap dia. Ah, aku tahu aku tak sekuat dulu. Walaupun dengan tubuh sasa, aku terlalu lemah untuk berjumpa dengan orang yang macam dia. Sakit*
Aku melangkah masuk ke pejabat. Aku pandang tempat dia, kosong. Masih awal untuk bermula bekerja. Aku duduk, duduk di tempat dia. Terkejut* Dia masih tak buang gambar aku dan dia. Penuh satu bahagian dengan gambar aku, aku dan dia, dan dia. Tapi kenapa?
. . .
Sebelum pulang aku sempat berjumpa dengan dia. Terketar-ketar*
"Assalamualaikum, hye"
"Wa..waalaikumsalam, ada apa? Boss nak jumpa saya ke?"
"Tak. Ya. Tak, sebenarnya saya just nak tanya awak sesuatu"
"Apa dia boss? Pasal proposal tu ke?"
"Bukan."
"Habis tu apa? Saya ada buat silap ke?" riak wajahnya semakin berkerut.
"Tak, please dengar dulu.."
"Er, sorry boss" dia gugup.
"Kenapa awak masih simpan gambar saya dan awak?"
"..." Diam*
"Awak masih sayang saya ke?"
"........." Masih diam*
"Kenapa awak diam?"
"YA! SAYA MASIH SAYANG AWAK!!" Dakap*
"Tapi saya tak boleh sayang awak, awak dah bahagia dengan dia kan?"
"Kenapa awak? Kenapa awak tak boleh nak sayang saya?"
"Sebab saya tak mampu bahagia kan awak seperti dia"
"Awak, apa sebelum ni saya pernah ke cakap saya tak happy dengan awak?"
"...." Diam*
"Kebahagiaan saya ialah bila lihat awak bahagia! Sebab tu saya simpan gambar awak dan nak memori indah kita takkan terpadam dari diri saya.." Menangis*
Aku kembali senyum bersama dia. SENYUMAN DALAM TANGISAN..
"BUATLAH AKU GEMBIRA!"
Cerita ini untuk dia. Kembalilah senyum. Dan kekalkan senyuman kamu itu..
No comments:
Post a Comment