&
Greetings...
Febuari, 1993
Kalimah azan dihembus perlahan dari seorang lelaki bergelar bapa. Alangkah gembiranya beliau apabila melihat kekasih ketiganya dilahirkan. Bagi seorang suami yang menerima anak pertama ini membuatkan dia sungguh bahagia, malah dia sudah bersedia menghadapi tanggungjawabnya.
Jun, 1996
Kasih sayang diberi tampa ada had. Senyuman melihat anak mudanya ini masih terselah seperti dulu. Gembira bukan kepalang.
Januari, 2000
Si anak bakal melangkah ke alam persekolahan. Senyuman si bapa masih terjahit di bibir keringnya. Berhempas pulas mencari rezeki bagi menampung pembelajaran anaknya. Gembira tak terkata melihat anaknya sudah pandai membaca dan mengira. Satu hadiah bermakna buat si bapa.
Disember, 2010
Berakhir sudah alam persekolahan si anak, lantas dia membantu bapanya berniaga. Sementara menunggu keputusan si bapa tidak putus putus mencari lagi pendapatan tambahan untuk bekalan si anak apabila menyambung pengajiannya nanti. Senyuman diwajahnya tidak pudar umpama kain putih yang memang takkan pudar warnanya. Akhirnya si anak mendapat keputusan cemerlang dan diterima ke IPTS di luar negara
.

Disember, 2011
Berangkat sudah si anak ke lebihlaut[oversea] bagi melanjutkan pengajiannya. Si bapa menangis kegembiraan. Senyumannya yang diukir seabad lalu masih mekar. Harapan tinggi ditaruh kepada si anak. Gembira sungguh si bapa bila anaknya yang didik itu berjaya melangkat setapak lagi ke menara gading.
Jun, 2018
7 tahun kemudian si anak pulang, 2 gulung ijazah diberi kepada si bapa. Sebuah syarikat yang dahulu dijanjikan telah dibina sendiri oleh si anak. Senyuman si bapa semakin lebar lagi dan lagi. Tangisan dan pelukan untuk si anak, percuma tidak berbayar atau berhutang. Tapi kini si bapa sudah tidak berniaga. Si anak dengan rela hati menghadiahkan sebiji rumah banglo, sebiji pacuan empat roda berjenama mercedes, serta 2 pembantu rumah. Si bapa menolak penuh rasa bersalah. Si anak bertanya mengapa? Si bapa mula membalas, semua ini takkan menemaniku di sana nanti, cukuplah sedikit doa untukku. Si anak menangis. Si bapa tersenyum hiba, memujuk si anak. "Sesungguhnya, segala yang ku buat pada mu wahai anakku, adalah demi Allah" Si anak tersenyum kembali sungguhpun pipinya dibasahi air mata. Didakap si bapa. Erat. Terasa hangatnya kasih sayang seorang bapa.
Tapi...
Si anak ditegur oleh seseorang.
"Wahai anak muda , siapakah kamu?" Suara seorang lelaki tua berjubah dan berserban dikepala
"Aku anak kepada si bapa", balas si anak.
Lelaki tua itu berkata, "Anak muda, bapa mu sudah tiada dan yang disebelahmu pula hanya bayangannya"
Di sambung lagi kata-katanya "Tentu kamu rindukan si bapa bukan? Dan sebab itu jugalah kamu ditemani dia dari tadi. Mari aku tunjukkan kau pusara ayahmu anak muda".Si anak terkedu, perlahan dia ekori lelaki tua tersebut.
Sesampai di pusara ayah, si anak menangis.
"Anak muda, berbanyakkanlah bersabar. Sebagaimana rindunya kamu padanya begitu jugalah rindu si bapa padamu anak muda, 7 tahun perpisahan tiada kabar berita, putaran masa langsung tidak membuat bapa kamu pudarkan senyumannya, hingga ke akhir hayatnya dia tersenyum. Bahagia si dia sukar digambarkan. Gembira dia tiada kepalang.
Si anak berbisik kepada kubur si bapa, "Ayah, sepanjang pemergianku aku selalu kesunyian. Tiadanya engkau disisi membuat aku jauh lebih berdikari, tapi aku selalunya inginkan kau di sisi. Maafkan aku kerana tidak dapat pulang pada masa roh kau meninggalkan jasad kau ya ayah, kerana duit aku tidak cukup ayahku. Maafkan aku" Al-fatihah.
Kasih bapa itu tidak ada hujungnya, kasih ibu membawa ke syurga.
love diz story!
ReplyDelete