20110629

Crossing the right

Assalamualaikum

Dipression
Stress
Bad mood
Unwell
Pathetic

Korang tahu? Selain penyakit, keadaan-keadaan yang dinyatakan diatas boleh membunuh. YA ! Membunuh. Kali ni saya mahu buatkan korang satu story supaya boleh lupakan masalah-masalah korang yang bertimbun macam homework yang korang lupa nak buat time cuti tempoh hari. Tapi saya mahu minta maaf awal-awal kalau story ni tak mampu nak buat korang feel-what-i-want-you-to-feel. PEACE !


Once upon a time...


Malam itu , entah kenapa aku teringin untuk makan makanan ringan. Memandangkan jam dah menunjukkan jam 11.58 malam , aku hanya ada satu pilihan untuk dapatkan makanan ringan, kedai serbaneka 24jam. Dengan berpakaian casual , langkah kaki ini bergerak perlahan menikmati embun pagi. Sejuk. Semakin sejuk bila pintu automatik di kedai serbaneka 24jam itu terbuka, terusan langkah menjadi laju. Terus ke bahagian makanan ringan, tak ramai orang di kedai itu. CHOCOLATES. Langkah terhenti sendiri melihat pelbagai jenis coklat, melingas mata aku mencari VAN HOUTEN WHOLE ROAST ALMONDS chocolate bar. Sana, dah jumpa. Dengan senyuman yang lebar menampakkan baris-baris gigi yang tersusun, aku mencapai coklat tersebut. Tiba-tiba, "Abang! Maafkan saya, boleh saya ambil coklat ni? Please!!!!" dengan senyuman yang memang mempesona dan beliakkan mata menyinar serta cara meminta coklat yang paling cool membuat aku terdiam seketika. Perlahan-lahan degupan hatiku melonjak sedikit demi sedikit, "Gila!" jerit hatiku. Pandangan mata ni terperangkap dengan renungan si dia. "Jadi? Tak boleh ke abang? Saya dari petang tadi cari coklat ni, sekarang baru jumpa tapi abang pulak dah amik dulu." suara dia, seolah-olah nyanyian merdu dari puncak kayangan dalam bayangan. Lantas benakku terfikir, "kalau aku tak bagi, mesti akan dia tarik muka dan bertikam lidah dengan aku. Jadi aku takkan jatuh cinta dengan dia! BRILLIANT" otakku benar-benar berfungsi waktu itu. "Eh budak kecik, kamu ni kan budak lagi tak bagus makan coklat waktu macam ni. Nanti rosak gigi, dah tak comel" memuji dalam perli, wajah si gadis itu tidak berubah, senyumannya semakin manis. "Kalau macam tu, abang bagilah coklat tu kat saya. Abang mesti tak nak gigi rosakkan ?" jawapan dia ini membuat aku kaget dan tersipu-sipu malu. "Abang takpe, ada duit sendiri kalau nak pergi klinik gigi nanti. Adik nanti menyusahkan emak ayah pulak terpaksa bawa pergi klinik dan keluarkan duit" balasku sambil tersenyum kembali. "Abang ni, bagilah coklat tu kat saya. Please!" semakin kuat pujukan si anak dara yang berdiri di hadapanku ini. "Kalau abang tak mahu bagi apa yang adik nak buat?" "Adik akan pergi dari sini berlari sambil menangis dan menjerit SAYA TAKKAN MAAFKAN ABANG!" pantas dia menjawab. "Yelah yelah. Nah, ambil coklat ini. Assalamualaikum" terus aku pulang ke rumah dengan senyuman dan menhindari terjatuh hati pada budak kecil seperti si anak dara tu.



Keesokan harinya, aku bangun seperti biasa. Selepas sarapan aku bersiap untuk ke kelas. Dalam perjalanan aku terserempak lagi dengan dia, gadis semalam. "Whoaw, memang aku sangsi dengan budak ni. Dia ada pakai susuk ke? Ahh, lupakan je lah." tanpa memandang dia aku terus berjalan. Hinggalah..."Abang!" suara yang aku kenal dan memang tak salah lagi suara budak tu, tolehan aku disambut dengan satu senyuman yang menawan. "Thanks untuk coklat semalam" hati aku dah asyik fikir untuk teruskan berjalan. "Ouh, welcome. Sorry, dah lewat. Bye" berpaling dan terus melangkah, melangkah dengan lajunya. Seriously, aku dah ada hati dekat dia. Tapi aku tak akan jatuh hati dengan dia ! Akhirnya aku berjaya yakinkan diri aku, sekali lagi aku meraikannya dengan buat satu kenduri, tapi kenduri tu untuk house-mate aku sahaja. Memandangkan aku duduk dirumah sewa ni bersama 2 orang jejaka handsome, so bajet aku tak lari jauh sangat sebab aku hidangkan maggi sorang semangkuk dengan coffe 3 in 1 sorang secawan, tapi majlis doa selamat memang full version tak boleh kasi discount. Alaa , diorang semua pun sama macam aku jugak jimat sentiasa. Walaupun dalam wallet memang sah ada not Ringgit Malaysia Satu Ratus 8 hingga 10 keping tiap tiap awal bulan. Dua orang house-mate aku tu memang kuat makan, tidur dan online laman sesawang sosial pagi petang siang malam. Diorang jugak ada motor seorang sebiji dan seorang awek yang boleh dikatakan cantik lah jugak. Awek orang, buat apa puji lebih-lebih? Betul tak? Lainlah kalau dia nak share.


Satu hari tu aku pergi keluar sebab nak makan tengah hari di luar, memang sebulan empat kali aku akan makan kat luar. Tapi selalunya aku masak je kat rumah, lebih jimat dan memuaskan. Sampai sahaja di salah sebuah restoran yang paling kurang orang, aku take a seat. Lepas itu aku panggil diorang punya waiter, malang sekali sebab kedai tu self-service. Aku lupa nama dia Restoran Kampung Layan Diri, sambil menutup malu aku bangun dan terus capai pinggan dan amik nasi serta beberapa jenis lauk-pauk seperti tiada apa-apa yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. Hari tu agak panas, dan sebab itulah aku makan dengan agak laju atau kata tidak sopannya gelojoh tapi taklah segelojoh orang yang tidakk makan lima hari. Lepas makan aku online sekejap sebab dekat restoran tersebut ada perkhidmatan wi-fi percuma. Dalam leka aku ber-chating dengan rakan-rakan di laman sesawang sosial facebook tiba-tiba ada suara dari arah depan aku "Hey, kenapa abang macam larikan diri dari adik? Dah 3 hari adik cari abang kat bus stop yang selalu abang tunggu bas tu" "Err, eh. Bukannya abang larikan diri dari adik. Abang.. abang.. abang sibuk siapkan assigment dekat rumah kawan abang, sebab tu abang tak naik bas dekat situ" terkejut, itulah reaksi aku bila tengok budak perempuan hari tu duduk bertentang mata dengan aku sekali lagi dan kali ini aku tak boleh lari lagi sebab air aku tak habis lagi tambahan aku perlukan masa untuk kemas notebook aku ni. "Ouh, abang selalu ke lepak kat restoran ni?" pertanyaan demi pertanyaan ditujah laju-laju pada aku, tahap ke-nervousan aku semakin tinggi. "Takdelah, abang datang sini baru first time. Abang mintak diri dulu ea, Assalamualaikum" pantas tanganku membuka zip beg sandang aku dan memasukkan ASPIRE ONE D260 ke dalam beg itu. "Eh, dah nak balik dah? Abang, nak minta tolong ni. Boleh?" muka dia nampak sangat risau, dengan seikhlas hati aku menjawab "YA ! tapi lain kali lah" wajah dia semakin comel bila buat muka sedih yang aku memang tahu dia cuma buat-buat. "Yelah yelah, tolong apa ?" tapi dalam hati aku "TAK GUNA ! APA SEMUA INI ?!" Aku senyum mencuka dan bangun menghampiri dia "Tolong hantar adik pulang, bolehkan? Ala, rumah adik tak jauh dari rumah abang." senyumannya menyejukkan kembali hati aku yang tengah mendidih sebentar tadi, "Oh, ye ke? Rumah adik yang belah mana?" aku sebenarnya langsung tak nak tahu dimana dia tinggal. "Dekat sangat dengan rumah abang, selang 2 rumah ke kiri." jawab dia tenang macam tidak nampak senyum palsu aku ni.



Dalam perjalanan mulut dia asyik mengeluarkan suara-suara merdu dan berceloteh, sedangkan aku hanya terdiam dan tersipu-sipu malu seperti siput kepanasan. Entah kenapa tiba-tiba tangan aku memegang dan menggenggam tangan budak tu dan "Abang suka adik!" duniaku musnah, hancur masa depan ku, retak impian utamaku, tersandung ditangga jatuh ke lembah yang indah dimana orang ramai memanggilnya CINTA. "Abang suka adik? Abang ni pandai lah bergurau, haha" dia bersuara tiba-tiba. Burung-burung jatuh kebumi, bunga-bunga tunduk kebawah, dedaun pokok berguguran tanpa ditiup angin, keadaan sekeliling seolah-olah memahami isi jantung hatiku. "Erm, adik abang kene pergilah. Abang lupa abang ada meeting dengan kawan-kawan dekat library" aku perasan muka aku dan tubuh aku menjadi pucat. "Boleh adik ikut?" dia beria menyatakan soalan itu, sambil tersenyum dan memegang kedua-dua belah tanganku yang pucat itu. "Emm....erghh" keadaan menjadi gelap. Pitam . Aku pitam ...


"Morning" diatas sebuah tilam empuk dengan dikelilingi wanita-wanita cantik beruniform aku ditegur oleh suara yang paling aku suka, suara pencuri. Pencuri hati aku . "Ergh, what happen?" tanya lelaki budiman pada bidadari dunianya. "Abang terjatuh lepas saya pegang tangan abang petang tadi. Mak adik bagi adik tinggal sini jaga abang, doktor kata abang dah boleh balik esok dan doktor jugak kata yang abang ni macam baru terhantuk kuat dekat kepala." panjang lebar jelas dia sambil merenung mata aku dengan dahinya yang berkerut menandakan yang dia risau dengan aku. "Adik, abang bukan terhantuklah. Abang cuma.... takde apa-apalah" "Adik tahu, adik pun suka kan abang. Tapi adik dah ada boyfriend. Sorry-lah abang, adik tak nak kecewakan abang" senyumannya tidak kelihatan sejak aku sedar dari tadi. "Eh, takde lah. Abang memang tak nak ada relationship pun dengan adik!" aku membangkang keras keterangan dia tadi.Tiba-tiba dia bangun dan berlari keluar dari wad aku. Pelik. Esoknya aku kemas barang-barang aku dan bersedia untuk check-out dari hotel tak berbayar ini sebab ada orang sudah bayarkan.



Petang berikutnya aku singgah ke rumah budak itu, sebaik sahaja aku keluar dari rumah aku, aku ternampak budak tu menangis di hadapan seorang lelaki. Aku lihat sahaja dari jauh, sehingga lelaki tersebut pergi dan aku segera ke rumah budak tersebut. "Assalamualaikum" salamku disambut manis oleh emak budak perempuan itu. "Waalaikumsalam, nak cari Syafiqah ya?" baru aku tahu nama dia, "Er, ye. Saya nak mintak notebook saya. Ada tak dalam simpanan dia?" "Ada, sebentar ya. Mak cik ambilkan untuk kamu." lantas emaknya kembali kedalam dan hilang dari pandangan aku, tak lama kemudian emaknya kembali bersama beg sandang aku dan memulangkannya padaku kembali. "Terima kasih mak cik, susahkan mak cik pulak. Saya minta diri dulu" "Kejap!" belum sempat aku melangkah tiba-tiba suara Syafiqah menerpa dari arah tingkat dua rumah dia, mungkin dari bilik dia. "Abang, adik mintak maaf" tiba-tiba dia meluru kearah aku dan terus memeluk aku, "Er, takpe abang dah maafkan adik. Boleh abang balik sekarang? Sebab abang ada assigment belum buat lagi ni" muka ku berubah warna menjadi merah padam sebab dipeluk oleh seorang anak dara yang paling comel dihadapan emaknya sendiri ! "Tak, adik ada buat salah besar dekat abang. Adik tipu abang, adik kata adik ada boyfriend tapi adik kan baru pindah mana ada boyfriend. Lepas tu, adik cuba cari lelaki lain supaya adik tak jatuh cinta dekat abang, tapi semua lelaki yang adik suka dah ada girlfriend. Dan lagi, adik sebenarnya dah jatuh hati dengan abang sejak baru pindah dekat sini, tapi umur kita berbeza sangat! 3 tahun bezanya. Adik minta maaf abang, adik sukakan abang" wow, sambil mengalir air mata sambil bagitahu semua salah-silap dia dekat aku. "Gila !" hati aku menjerit lagi. "Adik, lepaskan abang. Tolong! Abang malulah dengan mak adik. Mak cik, sorry ya ! Hee..." apakan daya , kudrat aku diserap sepenuhnya oleh pelukan yang tidak disangka ini dan membuat aku tidak bermaya untuk menolak dia untuk melepaskan diri dari dakapannya. "Adik takkan lepaskan abang selagi abang tak tarik balik kata-kata abang yang hari tu!" "Ok ok ! abang tarik balik. Dah lah , lepaskan abang ea. Please, kalau adik sayang abang lepaskan abang" segera dia melepaskan dakapannya bila aku berbicara sedemikian. "Muah" kucupan buat dia di dahi sebagai tanda terima kasih kerana melepaskan aku. "Mulai hari ini, abang nak adik jadi teman hidup abang sampai..." "Sampai kita dah rasmi disatukan" pintasnya pantas. "Ya, lain kali tak payah peluk-peluk abang . Tak manis !" sedikit nasihat aku terapkan dalam persetujuan. "Abang pun jangan lah pegang-pegang adik !" dia membalas dan tersenyum kembali. "Baiklah. Dah, kesat air mata tu."

END OF CROSSING THE RIGHTS.

Share this dengan kawan-kawan kalau korang rasa ia best...

No comments:

Post a Comment