Assalamualaikum
&&
Salam Sejahtera
SEPATAH DUA KATA
cerita ini hanyalah rekaan semata-mata mahupun sehidung-semulut atau lain-lain . tiada kena mengena dengan yang hidup , yang mati atau yang pengsan mahupun yang sedang nyenyak tidur . cerita pendek[cerpen] atau cerita kontot[cerkon] ini dibina hanya untuk hiburan kita semua . Janganlah ambil hati . Begitu juga ambil jantung , limpa atau organ-organ lain . Tenangkan fikiran anda di sini . sekian .
UJI BENIH
Pagi di 5 Mawar ,
"Bangun , Selamat Sejahtera Cikgu" Rasyid penuh bersemangat mengetuai rakan sekelasnya pagi itu . "Selamat pagi murid-murid " ringkas jawab Puan Syuhadah . Kalendar di atas meja guru diambil dan ditayang ke seluruh kelas, "Baiklah murid-murid sekalian , esok hari apa ?" pantas Puan Syuhadah menyoal tetapi lagi pantas Suresh menjawab "International day , cikgu !" . " Bagus Suresh , terima kasih . Jadi hari ini marilah kita ramai-ramai hias kelas ini , boleh semua ?" tanya cikgu yang sudah bersuami itu kepada anak-anak muridnya . Seharian mereka membersih dan mencantikkan kelas mereka . Seronok sekali melihat mereka semua bersama-sama melakukan tanggunjawab tersebut .
Tanggal 31 hari bulan Ogos tahun 2009, jam menunjukkan tepat 12 malam . Suasana dataran merdeka semakin meriah dengan dentam-dentum mercun yang diterbangkan . Beberapa kumpulan remaja terdiri dari perempuan dan lelaki bergaul bebas seperti benar-benar menikmati 'kemerdekaan' pada malam itu . Begitu juga para penghuni 5 Mawar . Tiba-tiba , Rasyid yang dari tadi bising terdiam seketika . Dia seolah-olah dirasuk hantu , diam pegun tidak bergerak . Matanya seperti melihat bayangan halus dicelah-celahan manusia yang sesak di dataran itu . "Korang nampak tak ?" Rasyid bersuara tinggi kerana suasana bising di situ . "Nampak apa ?" Goh Han bertanya kembali . "Tu , yang di sana tu !" jarinya menunjuk kepada sepasang remaja yang sedang bergumpal di khalayak ramai itu . "Ish , biarkanlah diorang !" Suresh pula bersuara . "Kita mesti laporkan pada Jabatan Pencegah Maksiat ! tak boleh dibiarkan begitu sahaja" jelas Rasyid .
14 minit kemudian , beberapa orang ustadz hadir di situ . Akhirnya pasangan tadi ditahan oleh mereka . Meraka disoal dan disiasat . Sesi soal jawab mereka telah dirakamkan . Marilah bersama kita membaca apa yang dijawab oleh manusia keji ini . .
Ustadz : Umur kamu berapa ?
Remaja Lelaki : 18 , encik .
Ustadz : Mak dengan Abah tahu kamu keluar rumah ?
Remaja Lelaki : Tahu .
Ustadz : Kamu beritahu mereka bagaimana ?
Remaja : Saya cakap saya hanya mahu keluar menyambut merdeka bersama rakan .
Ustadz : Siapa perempuan tadi ?
Remaja : Adik kawan saya , encik .
Ustadz : Kawan kamu tahu kamu bawa adik dia keluar dan buat perkara terkutuk itu tadi ?
Remaja : Tidak , encik .
Beberapa soalan ditanya dan terus ditanya . Sehinggalah satu jawapan yang diterima oleh Ustadz itu menyebabkan si Ustadz tidak dapat berkata-kata buat sementara .
Ustadz : Apa yang kamu telah buat dengan anak dara tadi ?
Remaja : Saya cuma jalankan ujian sahaja , encik .
Ustadz : Ujian ? Ujian apa ?
Remaja : Ujian kesuburan benih saya ni . Ada cara lain lagi ke untuk saya mengujinya ?
Ustadz : ~
Light Humour . . . .
No comments:
Post a Comment